Kangkung ada 2 jenis biasanya:
1. Satu jenis yg kita lihat kat pasar tu ada akar pada setiap batang,jenis ni tak menjalar sangat mcm kangkung yg biasa..Kangkung yang ada akar pastinya ditanam.jenis ini daunnya biasanya memanjang..agak kurus dan warna daunnya lebih muda.
satu lagi jenis biasa kita lihat di pasar, yang dah tak ada akar.
2..Kangkung yang tak ada akar(sebab dah dipotong oleh tuannya,ni jenis yg menjalar panjang,jadi bila tuannya potong,tak nampaklah akarnya..),tak pasti..sama ada yang ditanam atau yang dikutip dari parit atau longkang.
3. Nak selamat..tanamlah sendiri..kan kangkung jenis yg mudah menjalar dan mudah tumbuh....hemmm..dah lama tak makan resepi kangkung goreng belacan dan lada burung,pas tu..perah asam limau kasturi masa tgh panas2..
Saturday, February 15, 2014
Sunday, June 20, 2010
Halau binatang terbang waktu malam.
Jika ada binatang jenis yg terbang misalnya pepatung, kumbang, kelkatu dan sebagainya yang masuk ke dalam bilik anda pada waktu malam, tutupkan lampu bilik dan buka pintunya. Pastikan lampu di luar bilik dibuka.InsyaAllah binatang berkenaan akan keluar kerana mereka akan pergi ke tempat yang ada cahaya.
Jika binatang berkenaan masuk ke dalam rumah, tutupkan lampu di dalam rumah dan buka tingkap (jangan buka pintu kecuali jika ada gril, bahaya). Pastikan lampu di luar dibuka. InsyaAllah, binatang berkenaan akan keluar dan selepas itu cepat2 tutup pintu/tingkap dan bolehlah buka lampu semula...
Jika binatang berkenaan masuk ke dalam rumah, tutupkan lampu di dalam rumah dan buka tingkap (jangan buka pintu kecuali jika ada gril, bahaya). Pastikan lampu di luar dibuka. InsyaAllah, binatang berkenaan akan keluar dan selepas itu cepat2 tutup pintu/tingkap dan bolehlah buka lampu semula...
Tuesday, March 23, 2010
Lulur Mandi
Rendamkan sedikit beras, kacang hijau dan kacang dal beberapa jam sehingga lembut.
Mesin semua bahan bersama kunyit segar dan sedikit air.
Gunakan untuk melulur badan semasa mandi. Gosok pada badan sehingga keluar segala daki, baru bilas.
Catatan:
- Sebenarnya, jika tak mahu gunakan kunyit, boleh juga gunakan bahan lain seperti timun, lobak merah, betik,tomato dan sebagainya.....
- Bahan asas selain beras, boleh gunakan sama ada kacang hijau atau kacang dal atau kedua2nya sekali.
Sunday, July 19, 2009
Sampah organik/sisa domestik
Sampah sarap organik dari dapur anda seperti perut ikan, kulit ayam,kulit telur, kulit bawang, kulit nenas, kulit pisang atau apa saja sisa makanan dari dapur anda, jangan dibuang. Tanamlah ia dan ia akan menjadi baja organik yang baik untuk tanaman anda. Percayakah anda, selepas 2 minggu bahan tersebut digali semula untuk ditanam sisa lain, tanah tersebut akan berbau wangi dan kelihatan sangat subur, walaupun sampah yang anda tanam asalnya itu berbau busuk. Anda akan dapati cacing yang ada di dalam tanah bertambah gemuk. Merekalah yang akan bekerja menggemburkan tanah anda sebagai tanda terima kasih kerana anda menyediakan makanan untuk mereka...Hasilnya...tanaman anda lebih subur..Lihatlah, binatang pun tahu berterima kasih kepada yang menyediakan makanan untuknya, apatah lagi kita sepatutnyalah bersyukur kepada Allah yang telah melimpahruahkan rezeki dan rahmat kasih sayangNya kepada kita.
Friday, July 17, 2009
Hampas soya
Jika anda rajin membuat air soya sendiri,hampas soya jangan dibuang.Ia sangat baik untuk dibuat lulur muka dan badan semasa mandi.
Wednesday, July 15, 2009
Limau kasturi
Selain menyedapkan makanan, ia sangat berkesan untuk mencuci muka dan daki di bahagian badan. Belah 2, buang bijinya dan gosok di badan semasa mandi.
Tuesday, July 14, 2009
Air teh
Teh mengandungi bahan anti oksida. Selalunya apabila anak kecil saya demam, selain ubat moden, saya juga memberinya minum air teh. Kesan semerta apabila minum air teh bergula tersebut, anak saya cepat terasa nak kencing. Mereka akan kerap kencing apabila minum banyak air teh. Jadi, virus yang menyebabkan demam akan keluar bersama-sama air kencing. InsyaAllah, demamnya cepat sembuh. Ini teori sendiri yang saya amalkan sejak bertahun dulu. Alhamdulillah, ada masanya anak saya demam tak sampai beberapa jam saja dan tak sempat minum ubat modenpun dah sembuh, iaitu apabila saya rasa badannya panas, terus saya bancuhkan teh untuk mereka...Alhamdulillah..
Tapi, Allah yang berkuasa, ada masanya anak kita demam lama juga...itu sengaja Allah tunjukkan begitu untuk membuktikan betapa hebat manusia, betapa kita berusaha, Allahlah yang Maha menyembuhkan....kita hanya berikhtiar dan bertawakkal. Semuanya ujian drpNya supaya kita berfikir...
Hampas teh yang lebih, boleh diguna untuk melulur muka dan badan
Tapi, Allah yang berkuasa, ada masanya anak kita demam lama juga...itu sengaja Allah tunjukkan begitu untuk membuktikan betapa hebat manusia, betapa kita berusaha, Allahlah yang Maha menyembuhkan....kita hanya berikhtiar dan bertawakkal. Semuanya ujian drpNya supaya kita berfikir...
Hampas teh yang lebih, boleh diguna untuk melulur muka dan badan
Subscribe to:
Posts (Atom)