Sunday, July 19, 2009

Sampah organik/sisa domestik

Sampah sarap organik dari dapur anda seperti perut ikan, kulit ayam,kulit telur, kulit bawang, kulit nenas, kulit pisang atau apa saja sisa makanan dari dapur anda, jangan dibuang. Tanamlah ia dan ia akan menjadi baja organik yang baik untuk tanaman anda. Percayakah anda, selepas 2 minggu bahan tersebut digali semula untuk ditanam sisa lain, tanah tersebut akan berbau wangi dan kelihatan sangat subur, walaupun sampah yang anda tanam asalnya itu berbau busuk. Anda akan dapati cacing yang ada di dalam tanah bertambah gemuk. Merekalah yang akan bekerja menggemburkan tanah anda sebagai tanda terima kasih kerana anda menyediakan makanan untuk mereka...Hasilnya...tanaman anda lebih subur..Lihatlah, binatang pun tahu berterima kasih kepada yang menyediakan makanan untuknya, apatah lagi kita sepatutnyalah bersyukur kepada Allah yang telah melimpahruahkan rezeki dan rahmat kasih sayangNya kepada kita.

Friday, July 17, 2009

Hampas soya

Jika anda rajin membuat air soya sendiri,hampas soya jangan dibuang.Ia sangat baik untuk dibuat lulur muka dan badan semasa mandi.

Wednesday, July 15, 2009

Limau kasturi

Selain menyedapkan makanan, ia sangat berkesan untuk mencuci muka dan daki di bahagian badan. Belah 2, buang bijinya dan gosok di badan semasa mandi.

Tuesday, July 14, 2009

Air teh

Teh mengandungi bahan anti oksida. Selalunya apabila anak kecil saya demam, selain ubat moden, saya juga memberinya minum air teh. Kesan semerta apabila minum air teh bergula tersebut, anak saya cepat terasa nak kencing. Mereka akan kerap kencing apabila minum banyak air teh. Jadi, virus yang menyebabkan demam akan keluar bersama-sama air kencing. InsyaAllah, demamnya cepat sembuh. Ini teori sendiri yang saya amalkan sejak bertahun dulu. Alhamdulillah, ada masanya anak saya demam tak sampai beberapa jam saja dan tak sempat minum ubat modenpun dah sembuh, iaitu apabila saya rasa badannya panas, terus saya bancuhkan teh untuk mereka...Alhamdulillah..
Tapi, Allah yang berkuasa, ada masanya anak kita demam lama juga...itu sengaja Allah tunjukkan begitu untuk membuktikan betapa hebat manusia, betapa kita berusaha, Allahlah yang Maha menyembuhkan....kita hanya berikhtiar dan bertawakkal. Semuanya ujian drpNya supaya kita berfikir...

Hampas teh yang lebih, boleh diguna untuk melulur muka dan badan
Blog Pelbagai Petua © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute