Showing posts with label lulur. Show all posts
Showing posts with label lulur. Show all posts

Tuesday, March 23, 2010

Lulur Mandi

Cara penyediaan:

Rendamkan sedikit beras, kacang hijau dan kacang dal beberapa jam sehingga lembut.
Mesin semua bahan bersama kunyit segar dan sedikit air.
Gunakan untuk melulur badan semasa mandi. Gosok pada badan sehingga keluar segala daki, baru bilas.

Catatan:
  1. Sebenarnya, jika tak mahu gunakan kunyit, boleh juga gunakan bahan lain seperti timun, lobak merah, betik,tomato dan sebagainya.....
  2. Bahan asas selain beras, boleh gunakan sama ada kacang hijau atau kacang dal atau kedua2nya sekali.

Friday, July 17, 2009

Hampas soya

Jika anda rajin membuat air soya sendiri,hampas soya jangan dibuang.Ia sangat baik untuk dibuat lulur muka dan badan semasa mandi.

Wednesday, July 15, 2009

Limau kasturi

Selain menyedapkan makanan, ia sangat berkesan untuk mencuci muka dan daki di bahagian badan. Belah 2, buang bijinya dan gosok di badan semasa mandi.

Tuesday, July 14, 2009

Air teh

Teh mengandungi bahan anti oksida. Selalunya apabila anak kecil saya demam, selain ubat moden, saya juga memberinya minum air teh. Kesan semerta apabila minum air teh bergula tersebut, anak saya cepat terasa nak kencing. Mereka akan kerap kencing apabila minum banyak air teh. Jadi, virus yang menyebabkan demam akan keluar bersama-sama air kencing. InsyaAllah, demamnya cepat sembuh. Ini teori sendiri yang saya amalkan sejak bertahun dulu. Alhamdulillah, ada masanya anak saya demam tak sampai beberapa jam saja dan tak sempat minum ubat modenpun dah sembuh, iaitu apabila saya rasa badannya panas, terus saya bancuhkan teh untuk mereka...Alhamdulillah..
Tapi, Allah yang berkuasa, ada masanya anak kita demam lama juga...itu sengaja Allah tunjukkan begitu untuk membuktikan betapa hebat manusia, betapa kita berusaha, Allahlah yang Maha menyembuhkan....kita hanya berikhtiar dan bertawakkal. Semuanya ujian drpNya supaya kita berfikir...

Hampas teh yang lebih, boleh diguna untuk melulur muka dan badan
Blog Pelbagai Petua © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute